• MAKEOVER: 2nd week Concert :TOM Raja Farah Mystarz LG : Gothic Theme Makeup


2nd week concert was a great one!
Contestant: TOM [ Raja Farah]
Makeup Theme: Gothic Makeup
Inspiration: Amy Lee Evanescence.
Feel free to view the video of her performance during the concert. [ on 5:00 minute]




 


 







with Stacy & her dancer :)


Snippets from UTUSAN MALAYSIA ONLINE ABOUT TOM

Landasan terbaik
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa salah seorang pesertanya, Raja Farah atau Tom sebelum ini pernah mengharumkan nama negara dengan memenangi beberapa pingat termasuk pingat emas bagi juara dunia kategori vokal kontemporari pada pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles baru-baru ini.
Menyertai My Starz LG ternyata memberi satu lagi peluang buat Tom dalam mengasah bakat nyanyian.
Bagaimanapun kali ini impaknya lebih besar kerana dia berpeluang membuat persembahan di hadapan ribuan malah mungkin jutaan penonton yang turut mengikuti rancangan itu menerusi kaca televisyen.
Membuktikan kebolehan menyanyi, memenangi beberapa pingat ketika mewakili negara ke pertandingan WCOPA, apa yang kurang kini hanyalah publisiti yang boleh dikatakan tidak setimpal dengan kejayaan yang diperolehinya.
Menganggap My Starz LG sebagai medan terbaik untuknya menimba ilmu dan memenangi hati masyarakat, seboleh mungkin Tom enggan masyarakat menganggapnya cuba mengejar populariti.
"Saya takut juga dengan pandangan negatif daripada masyarakat. Saya sedar keputusan pertandingan ini akan bergantung sepenuhnya kepada undian penonton dan untuk menarik minat masyarakat bergantung kepada kebijaksanaan seseorang peserta.
"Namun, saya sudah bersedia untuk menanggung segala risiko. Saya percaya segalanya bergantung kepada rezeki daripada Tuhan.
"Undian 100 peratus daripada penonton tidak semestinya kita tiada bakat. Apa yang penting, saya perlu buat yang terbaik dan keluarkan segala bakat yang terpendam" kata Tom yang menyanyi sepenuh masa di Envy Club, Mont Kiara, Solaris itu.